Kenali Jerawat
Kenali Jerawat Anda Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk). Sebab Jerawat Tumbuh? Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereh – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuki