Posts

Showing posts from September, 2014

Senaman Regangan Sebelum Tidur

Image
Senaman regangan Waktu tidur merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu setelah seharian penat bekerja. Kadang kala sesorang itu mengambil masa yang lama untuk nyenyak tidur. Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan. Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan kita. Bagi individu yang bekerja, mereka cenderung untuk berasa stress denga kerja-kerja seharian mereka. Senaman regangan sebelum tidur ini boleh merehatkan minda mereka di samping dapat meregangkan otot-otot. Badan dan otak akan menjadi relaks dan memudahkan anda tidur dengan selesa. Sena