Posts

Showing posts from August, 2015

Negara membangun diserang kanser!

Image
Sebagai menandakan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser Amerika telah mengeluarkan satu laporan baru yang memberi amaran bahawa gaya hidup yang berhubungkait dengan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun sedang menyebabkan peningkatan berlakunya kanser di seluruh dunia. Malahan, kebanyakan dari kes-kes dan kematian baru kanser di dunia (7.1 juta dan 4.8 juta, masing-masing) adalah berlaku di negara-negara yang sedang membangun ekonominya, mengikut pengarang laporan tersebut. Ini, mengikut mereka, menggambarkan peningkatan penerimaan perlakuan yang tidak sihat – seperti merokok, gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan yang tidak baik – yang lazimnya mengiringi pembangunan ekonomi. Laporan tersebut, "Fakta & Bilangan Kanser Global (Global Cancer Facts & Figures)", menyatakan kanser paru-paru, payu dara dan kolorektal adalah menyumbang kepada peningkatan ini. Daripada itu, kira-kira satu pertiga dari jumlah kematian kanser yang telah berlaku d

Rawatan Estetik

Image
HARIAN METRO Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:00 AM Akhbar harian metro telah menulis artikel tentang estetik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun begitu,obses terhadap kecantikan membuatkan sesetengah masyarakat lupa atau ‘pejam mata’ terhadap kesan sampingan suntikan filler tanpa memastikan ia palsu ataupun asli. Lebih menyedihkan, ramai yang kurang pengetahuan bagaimana mahu mengenal pasti suntikan filler palsu dan asli. Tanpa peduli kesan sampingan jangka panjang, semakin ramai yang tertipu dengan kesan jangka pendek suntikan ini. Ketua Pengarah Eksekutif Perubatan Estetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire, Dr Liow Tiong Sin berkata, masih ramai bersikap tidak ambil kisah mengenai suntikan filler sama ada palsu atau asli. “Pada hakikatnya, memang susah hendak membezakan antara filler palsu atau asli dengan mata kasar kerana pembungkusan dan label produk palsu itu sendiri kelihatan seakan filler asli. “Pengeluar filler asli seperti Galderma yang disahkan Kementerian Ke

Hormon Dan Air

Image
UTUSAN MALAYSIA 26 Julai 2015 3:30 PM Apabila kadar kolagen dalam kulit berkurangan, kulit mula kendur dan menggeleber. Hal ini bukan saja berlaku pada kulit wajah. Ia berlaku pada seluruh tubuh. Lengan akan mula kendur. Payudara tampak jatuh dan mendatar. Pinggang juga mengembang dan kelihatan tidak terbentuk dengan lemak sekitar pinggang. Inilah yang Aniza rasakan. Dia mula berasa kurang yakin dengan penampilannya. Apabila bertanya seorang rakan yang mempunyai pusat kecantikan, rakannya berkata mungkin hal ini kerana air bertakung di dalam badan. Benarkah air boleh bertakung di dalam badan kita? Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan masalah ini. Pembendungan air di dalam badan merupakan masalah yang dipengaruhi oleh hormon kita. Maka tidak hairanlah kaum wanita lebih terdedah kepada gejala ini berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai hormon yang lebih banyak dan lebih sensitif kepada kandungan air. Dari mana muncul dan bagaimana terjadi?? Water retention