Hormon Dan Air

UTUSAN MALAYSIA
26 Julai 2015 3:30 PM


Apabila kadar kolagen dalam kulit berkurangan, kulit mula kendur dan menggeleber. Hal ini bukan saja berlaku pada kulit wajah. Ia berlaku pada seluruh tubuh. Lengan akan mula kendur. Payudara tampak jatuh dan mendatar. Pinggang juga mengembang dan kelihatan tidak terbentuk dengan lemak sekitar pinggang. Inilah yang Aniza rasakan. Dia mula berasa kurang yakin dengan penampilannya.
Apabila bertanya seorang rakan yang mempunyai pusat kecantikan, rakannya berkata mungkin hal ini kerana air bertakung di dalam badan. Benarkah air boleh bertakung di dalam badan kita? Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan masalah ini.
Pembendungan air di dalam badan merupakan masalah yang dipengaruhi oleh hormon kita. Maka tidak hairanlah kaum wanita lebih terdedah kepada gejala ini berbanding lelaki. Ini kerana wanita mempunyai hormon yang lebih banyak dan lebih sensitif kepada kandungan air.

Dari mana muncul dan bagaimana terjadi??

Water retention atau pembendungan air di dalam badan merujuk kepada masalah pengumpulan cecair yang terlampau di dalam saluran darah dan di dalam tisu pada tubuh. Sebanyak 90 peratus air dalam tubuh berada di dalam salur darah manakala 10 peratus lagi di dalam tisu tubuh. Air yang membentuk darah kita menjadi medium di mana oksigen dan zat makanan larut di dalamnya.
Oksigen dan zat makanan kemudiannya dibawa ke seluruh tubuh dan diambil oleh kelenjar, tulang dan otot kita. Oleh itu air di dalam darah perlulah seimbang dengan keperluan. Air diregulasikan oleh hormon bernama prostaglandin yang kehadirannya banyak mempengaruhi buah pinggang. Air diserap semula jika tubuh kekurangan air dan jika berlebihan pula air dibuang menjadi air kencing.
Hormon yang mempengaruhi kehadiran air dalam sel ialah progesteron, tiroid, kortisol dan insulin. Jika diperhatikan hormon ini juga banyak terlibat dan dikatakan penyebab masalah obesiti.

Bengkak

Kelebihan progesteron biasanya menyebabkan air berkumpul pada sel-sel perut dan buah dada. Payudara terasa bengkak dan sakit. Selain itu air juga boleh berkumpul pada perut dan lama kelamaan perut membesar menjadi buncit seperti wanita hamil. Ini kerana hormon tersebut terlibat secara langsung dalam kehamilan.
Masalah kekurangan hormon tiroid menyebabkan regangan air pada muka leher dan belakang tubuh. Sel-sel akan dipenuhi oleh cecair melekit yang menyerupai hyaluronik asid. Selain itu penghidap juga akan mudah keletihan dan cepat dilanda stres. Oleh kerana kekurangan tiroid boleh merosakkan fungsi jantung, maka biasanya penghidap akan berasa kurang senang dengan jantung yang berdebar-debar.
Keadaan tubuh yang sembab dan penuh takungan air ini dinamakan myexedema. Kelebihan kortisol juga menyebabkan air berkumpul di dalam sel menjadikan terutamanya sel lemak akan membengkak. Belakang leher akan membonjol dan ini dinamakan sebagai buffalo hump. Muka juga kelihatan bengkak dan bulat dan ini dinamakan moon face dalam bahasa perubatan. Kortisol seterusnya akan menurunkan paras insulin menjadikan seseorang mempunyai paras gula yang tinggi.
Insulin merupakan hormon yang paling banyak dikaitkan dengan obesiti. Kajian terkini menunjukkan adalah benar insulin yang tinggi membuatkan kita semakin gemuk kerana insulin menggalakkan pengumpulan lemak terutamanya pada perut dan merosakkan hormon yang lain, secara tidak langsung mencetuskan pembendungan air. Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung pembendungan air dalam tubuh membuatkan kaki menjadi bengkak dan nafas menjadi semput sekiranya air mula berkumpul di dalam paru-paru. Keadaan ini memerlukan rawatan spesifik dan ubat-ubatan perlu sentiasa diambil.
Satu lagi organ tubuh yang memantau air di dalam tubuh ialah buah pinggang. Kerosakannya turut menjadikan air berkumpul terlalu banyak dalam tubuh. Keadaan ini berbahaya kerana kekotoran tidak dapat dikeluarkan daripada darah menyebabkan sisa toksik berkumpul dalam badan.

Tekanan

Sebab lain menimbulkan masalah pembendungan air sebegini adalah apabila seseorang mengalami kekurangan protein darah yang serius. Kekurangan seperti ini menyebabkan tekanan osmosis kurang dan air mula bergerak ke sel-sel menghasilkan keadaan tubuh yang sembab. Kerosakan hati boleh menimbulkan keadaan sebegini kerana hati merupakan organ yang mensintesiskan protein kita. Kerosakan hati membuatkan protein darah menjadi kurang.
Satu sebab menarik yang membuatkan perut menjadi buncit ialah kehadiran histamine.Histamine merupakan bahan yang terhasil apabila berlakunya radang pada perut. Makanan yang tidak sesuai, kehadiran parasit mungkin mengundang penghasilan histamine. Apabila histamine keluar sel-sel menjadi kembang dan perut menjadi buncit. Rawatan yang terbaik adalah dengan mengenal pasti punca berlakunya pembendungan air dalam tubuh anda dan merawat punca tersebut.
Sindrom montel pula di sebabkan oleh seseorang itu tidak mampu memecahkan lemak kepada tenaga. Oleh itu sindrom montel merupakan satu penyakit. Ia boleh dikategorikan sama seperti penyakit metabolik yang lain seperti kencing manis dan gout kerana ia memerlukan rawatan dan perubahan gaya hidup yang spesifik.
Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom montel juga kerap kencing.
Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar. Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat hadirnya hormon testosteron yang berlebihan.
Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat. Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
Masalah gatal-gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi penghidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening dengan kening menjadi nipis sahaja. Phospohotidyl serine ialah bahan protein semula jadi yang baik bagi mengatasi masalah sindrom montel.

Ini merupakan salah satu suplemen yang mampu mengurangkan hormon cortisol yang menjadi penyebab sindrom montel. Phosphatidylserine ialah sejenis lemak yang di namakan phospholipid. Lemak phospholipid merupakan komponen dinding sel kita. Otak kita terbina rata-ratanya daripada kelompok ini.Suplemen lain yang berkesan ialah mineral magnesium, chromium dan selenium. Mineral seperti ini wujud dalam makanan seperti oyster, sayur hijau mentah dan cendawan. Justeru adalah penting untuk mengambil makanan mentah seperti ulam bagi penghidap sindrom montel ini.

Rawatan yang berkesan memberi hasil yang pantas. Apabila hormon mula stabil, tubuh akan mengecil, baju yang dipakai menjadi longgar kulit menjadi cantik dan halus semula.Perubahan pada muka dapat dilihat dengan cepat. Oleh sebab muka yang kembang mula terbentuk semula, maka mata hidung dan pipi tidak lagi kembang. Ia mula tampak tirus dan anda akan semakin muda. Enzim terapi estetik merupakan rawatan yang terbaik kerana kita mengambil kira kesemua aspek ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rawatan hormon atau info-info yang menarik tentang hormon, anda boleh lawati laman web kami atau hubungi kami di talian di bawah.




No telefon cawangan kami:

Semenyih (HQ)       : 03-87234808 / 013-2448484
Melaka                    : 06- 3170412/ 013-33386698
Shah Alam              : 019- 3963678
Bandar Baru Bangi : 017-3581619
Nilai                        : 012-3585949 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

Rawatan Serdev (Benang Kolagen)

WAJAH TAMPIL VSHAPE DAN TEGANG DENGAN SEKALI RAWATAN