Cara merawat bibir supaya merah bak delima

Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semulajadi seperti ketidakseimbangan hormon.
Dengan mengamalkan beberapa petua merahkan bibir di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.


1. Gosok Bibir mengunakan berus gigi
Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.
Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.
2.Sapu air mawar sebelum tidur
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. Jangan mahu tidur sebentar waktu tengahari, mahu pakai juga

 3. Minyak Almond /Badam
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun


4.Gunakan Avocado
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.



Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

Rawatan Serdev (Benang Kolagen)

WAJAH TAMPIL VSHAPE DAN TEGANG DENGAN SEKALI RAWATAN