Rawatan Laser Isolaz
Masalah Jerawat Kini Tiada Lagi, Jerawat Degil Hilang Dengan Laser Isolaz
” Dulu, jerawat saya sangat teruk. Bila saya pos gambar di laman sosial, mesti ada yang kecam dan komen negatif pasal saya.
Kini tiada lagi komen negatif, selepas saya buat rawatan di Marissa Aesthetic. Jerawat saya semakin berkurang dan kulit nampak lebih licin
” Cik Fatin
Laser Isolaz adalah gabungan antara vakum dan laser tetapi tidak menyakitkan
Sesuai untuk semua jenis kulit, rawatan dalam masa yang singkat
Isolaz berfungsi untuk mematikan jerawat yang terdapat di muka,atau badan sehingga ke akarnya
Laser Isolaz akan menyedut jerawat tersebut melalui vakumnya, dan pancaran laser yang keluar akan mematikan jerawat tersebut sehingga ke akarnya
Terapi Isolaz berkesan boleh merawat jerawat tanpa perubahan gaya hidup, preskripsi lisan atau regimen produk penjagaan kulit
Membersihkan liang tersumbat, jerawat dan bintik-bintik hitam.
Rawatan mengambil masa yang singkat
Rawatan Isolaz sering mengambil hanya mengambil masa 30-45 minit sahaja, dan anda boleh melakukan aktiviti harian anda seperti biasa.
BAGAIMANA JERAWAT TERJADI?
Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).
KENALI JENIS JERAWAT
Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules.
Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuman / bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka.
Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksidaan berlaku. Ia akhirnya menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman.
Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.
Dan pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat dari jangkitan bakteria.
APAKAH PUNCA BERLAKU JERAWAT?
Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereh – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Kebaiasaanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuki usia akil baligh, kulit mereka akan menjadi lebih berminyak.
Di samping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi. Ada juga yang mendapat jerawat kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Penggunaan pencuci muka berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.
APAKAH KAEDAH RAWATAN YANG SESUAI?
Rawatan laser dematologi/ aesthetic merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling berkesan dan sesuai untuk menghapuskan jerawat dan parut jerawat. Laser ialah satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu. Tindakan laser ini jauh ke dalam kulit yang membantu untuk mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat. Antaranya ialah laser Isolaz yang telah diperakui oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk rawatan bagi pelbagai peringkat. Isolaz mengunakan teknologi yang dikenali sebagai photopneumatic. Ia menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Sedutannya mampu mengeluarkan semua nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna. Sifat vakumnya yang handal dan unik, tidak menjejaskan sel kulit dan kulit juga tidak rosak tetapi kembali pulih dengan cepat. Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga mula pecah akibat daripada cahaya laser. Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Penggunaan krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.
Comments
Post a Comment