PIGMENTASI TOMPOK HITAM DI WAJAH











PIGMENTASI MEMUDARKAN TOMPOK HITAM DI WAJAH

Rawatan Pigmentasi Marissa:
Rahsia Jadikan Wajah Jelita Sekata!




KEBAIKAN RAWATAN PIGMENTASI

💜 Menghilangkan pigmentasi, melasma dan tompok-tompok hitam

💜 Mengecilkan liang pori yang terbuka

💜 Mencerahkan kulit dan tona kulit wajah lebih sekata

💜 Mengaktifkan pertambahan lapisan kolagen yang berkurangan akibat penuaan menjadikan kulit semakin muda

💜 Menghapuskan melanin di dalam epidermis yang tebal dengan memecahkan melanin tersebut kepada partikel halus



APA ITU PIGMENTASI

Tompok hitam pada kulit, jeragat dan pigmentasi adalah MUSUH utama bagi wanita selepas masalah kedutan. Umumnya, wanita Asia yang berusia 30-an hingga 45 tahun ke atas akan mula mengalami masalah jeragat tapi kajian telah membuktikan bahawa pigmentasi boleh mula timbul seawal 16 tahun dan bilangannya mula bertambah selari dengan usia.

Penampilan diri dan kecantikan sememangnya tidak asing lagi dalam diri wanita. Di zaman yang serba moden ini, pelbagai masalah kulit sering melanda setiap individu tidak mengira usia dan jantina, terutamanya masalah pigmentasi atau dipanggil juga jeragat. Ia merupakan masalah kulit yang amat sinonim dengan kulit wanita asia. Tompok-tompok hitam terjadi di kulit disebabkan faktor umur, hormon dan pancaran UV. Istilah lain yang digunakan oleh doktor ialah Melasma.

Apabila pigmentasi atau jeragat mula kelihatan, hati mula merasa tidak tenang dan selesa. Ini kerana jeragat atau pigmentasi ini akan timbul sedikit demi sedikit hingga menjadi tompok-tompok hitam yang sangat hodoh jika tidak dirawat dengan segera.




SARANAN DR RUSHMINI MARIS

"Selepas hampir 15 tahun saya dapat pelbagai rungutan dari pesakit saya yang bermasalah kulit, penyakit kulit yang tidak merbahaya TETAPI dianggap kronik iaitu hyper-pigmentation.

Ini adalah disebabkan penyalahgunaan kosmetik. Hal ini berkemungkinan salah satu atau lebih alat kosmetik yang digunakan sebelum ini mengandungi bahan kimia yang keterlaluan sehingga menyebabkan melanin kulit seseorang rosak sehingga ke tahap melanin kulit 'reverse' apabila beliau cuba memakai produk pencerahan.

Dengan saranan Doktor Pakar kami iaitu Dr Rushmini Maris Ismail di Marissa Aesthetics, rawatan yang digunakan untuk memulihkan masalah jeragat adalah sapuan vitamin dan laser. Penggunaan produk yang sesuai juga dapat membantu."



KELEBIHAN RAWATAN PIGMENTASI DI MARISSA

💜 Kaedah laser yang tidak menyakitkan

💜 Kaedah laser yang tidak membakar sel kulit

💜 Proses rawatan selamat dan dijalankan oleh konsultan yang berpengalaman

💜 Hasil boleh mula dilihat selepas sekali rawatan sahaja




PUNCA PIGMENTASI



Pigmentasi kebiasaannya berlaku disebabkan faktor usia, penyalahgunaan produk, genetik dan pemakanan. Kesan pendedahan kepada cahaya matahari juga merangsang kehadiran jeragat pada muka. Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotik seperti minocycline dan lain-lain turut menyumbang masalah ini. Kami juga banyak menerima kes akibat pengambilan bahan kosmetik beracun yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Secara saintifik, jeragat atau pigmentasi mempunyai pembuluh darah hidup yang akan merebak dan membesar jika tidak dirawat segera. Menyapu atau memakan kolagen sebenarnya bukanlah cara paling berkesan untuk menggantikan kolagen yang hilang.



PROSEDUR RAWATAN

Sesi konsultasi secara PERCUMA akan dijalankan, di mana konsultan akan menganalisa masalah kulit yang dihadapi oleh pesakit.

Beberapa maklumat dari pesakit perlu diketahui berkenaan masalah yang dihadapi, rawatan yang pernah dijalankan oleh mereka sebelum ini dan juga kesan selepas rawatan tersebut.

Setelah sesi konsultasi selesai, pesakit akan diberi cadangan rawatan yang sesuai dan paling efektif.



RAWATAN CADANGAN

Antara jenis rawatan yang dicadangkan:

Vitamin untuk matikan sel-sel pigment atau jeragatLaser untuk mematikan akar, memudarkan warna pigment, menyamakan tona kulit, dan membaikpulih sel-sel kulit rosakUbat untuk membantu matikan sel-sel pigmentKrim sapuan bersama formula khusus untuk membaik pulih masalah kulit berjeragat


Beberapa kombinasi rawatan di atas mungkin diberikan untuk memastikan hasil yang terbaik.


APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA?

"Doktor, saya amat berpuas hati dengan wajah saya yang sekarang. Wajah saya sudah bebas daripada jeragat yang degil dan hodoh selepas membuat rawatan ini. Kini kulit saya kelihatan cerah, berseri, mulus dan licin. Paling ketara apabila kawan-kawan dan suami menegur perubahan wajah saya. Terima kasih Marissa Aesthetic kerana mengembalikan keceriaan dalam hidup saya."

- Puan Azura, 33 tahun


"Pada awalnya memang saya kurang yakin. Pertama kali rawatan dan mengambil gluta, jeragat saya masih ada. Saya akui memang warnanya semakin pudar, tapi sikap yang tidak sabar membuatkan diri saya berasa ragu. Tapi saya teruskan juga sehingga habis pakej rawatan ini, alhamdulillah. Saya memang puas hati. Jeragat saya hilang, wajah saya dah bersih. Saya sangat berterima kasih kepada Marissa."

- Puan Natrah Ali, 50 tahun



T E S T I M O N I




Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

Rawatan Serdev (Benang Kolagen)

WAJAH TAMPIL VSHAPE DAN TEGANG DENGAN SEKALI RAWATAN