Perihal




MARISSA
 diasaskan oleh Dr Rushmini Maris Ismail sejak tahun 2006 dengan tujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan selain menyedarkan orang ramai kepentingan penjagaan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Ini sangat bersesuaian dengan motto Marissa iaitu Cantik, Ceria, Cergas.

Marissa Aesthetic di asaskan oleh Dr Rushmini Maris Binti Ismail. Beliau  merupakan seorang doktor yang berkelulusan dari Kolej Perubatan Kasturba, India (MBBS) pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di beberapa klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dan swasta sebelum membuka kliniknya sendiri 15 tahun yang lalu.

Beliau memulakan dengan membuka klinik pesakit luar. Setiap hari beliau didatangi oleh pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Beliau juga melihat ramai orang yang sudah berusia mempunyai penyakit yang kronik dan memerlukan bantuan orang lain untuk hidup. Dari situ, beliau mendapat ilham untuk mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan penyakit penuaan.

Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura. Setelah tamat pengajiannya, pada tahun 2013, beliau membuka sebuah pusat kecatikan dan anti-penuaan sendiri. Tujuan beliau adalah untuk memberi kesedaran kepada semua orang tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang kepentingan hormon untuk tubuh badan yang sihat dan cergas.

Kerana keaktifan beliau dalam memperkenalkan rawatan anti-penuaan, Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Dr Rushmini juga sangat aktif dalam menjalankan bengkel-bengkel dan ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan di klinik. Beliau juga giat menulis artikel-artikel yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Selain menulis artikel, beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Catatan Kehamilan” yang di ulang cetak beberapa kali. Beliau berhasrat menjadi seorang penulis yang versatile dan bakal menerbitkan buku baru tidak lama lagi.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

Rawatan Serdev (Benang Kolagen)

WAJAH TAMPIL VSHAPE DAN TEGANG DENGAN SEKALI RAWATAN