Rawatan Laser Buang Bulu

 

MASALAH BULU ROMA YANG BERLEBIHAN BOLEH DI RAWAT DENGAN KAEDAH LASER?


Sangat malu apabila orang jeling-jeling tengok kita ada misai😢? betis berbulu macam lelaki…alahaiiii

Rawatan Laser Soprano yang dapat membantu hilangkan bulu di sekitar badan, muka, lengan, betis dan lain-lain.


ANTARA KELEBIHAN LASER BUANG BULU:

  • Mematikan akar-akar rambut yang kasar tanpa merosakkan kulit di sekelilingnya

  • Mengaktifkan penghasilan kolagen bawah kulit

  • Melicinkan permukaan kulit yang kasar

  • Mencerahkan celah-celah yang gelap


Kehadiran bulu roma yang terlalu lebat di kawasan yang tidak sepatutnya seperti di atas bibir, tangan dan kaki sangat kurang menyenangkan apatah lagi bagi wanita yang mementingkan penampilan diri. Ia merupakan mimpi ngeri bagi sesetengah wanita mahupun lelaki. Namun dengan adanya pembangunan dalam bidang teknologi estetik, masalah ini dapat diselesaikan. Marissa adalah salah satu klinik yang lengkap dengan teknologi canggih bagi merawat bulu roma kasar dengan menggunakan teknologi laser bulu roma.


APA ITU LASER BUANG BULU ?


Rawatan laser buang bulu adalah rawatan mematikan bulu roma dengan menggunakan kaedah pancaran cahaya sehingga ke akar umbinya. Di Marissa, kaedah rawatan laser dilakukan secara saintifik. Ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:YAG.

Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu roma adalah tebal maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik. Kandungan melaninnya yang rendah maka ia tidak mati. Oleh itu laser perlu dibuat beberapa sesi selang 6 hingga 12 minggu. Ini bertujuan membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.

Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah mana kala mereka yang berkulit gelap, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:YAG. Ianya bersesuaian untuk kulit orang Asia serta mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan.

BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN LASER BUANG BULU?

  • Wajah

  • Kaki

  • Lengan

  • Janggut janggut

  • Ketiak

  • Dada

  • Kawasan Bikini

KENAPA ANDA PERLU DAPATKAN RAWATAN DI MARISSA?

  • Proses rawatan selamat dan dijalankan oleh konsultan yang berpengalaman

  • Kaedah laser yang tidak membakar sel kulit

  • Kaedah laser yang tidak menyakitkan

  • Hasil boleh mula dilihat selepas sekali rawatan sahaja


  • BAGAIMANAKAH LASER BUANG BULU BERTINDAK KE ATAS KULIT?

    Prinsip utama laser buang bulu ialah photothermolysis yang selektif. Laser mengeluarkan gelombang yang panjang dan khusus akan memanaskan folikel-folikel rambut sehingga menyebabkannya musnah. Laser tidak akan memberikan kesan keatas kulit kerana pancarannya menghapuskan bulu-bulu sahaja.

    Cahaya laser dipandu ke atas kulit. Tenaga cahaya diserap oleh kawasan pigmen yang tinggi, seperti rambut, di mana ia dipindahkan sebagai tenaga panas. Tenaga panas memanaskan rambut, merosakkan folikel. Folikel itu kemudiannya tidak dapat menghasilkan pertumbuhan rambut baru. Ini kerana tenaga telah diserap oleh kawasan yang paling tinggi pigmentasi yang penghapusan rambut laser paling berkesan pada orang yang mempunyai rambut yang gelap dan kulit yang saksama. Rambut ini mempunyai lebih banyak pigmen berbanding kulit, oleh itu ia akan menyerap tenaga paling ringan dan oleh itu paling panas.


  • APA PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM RAWATAN?

    • Melakukan laser buang bulu bukan hanya dengan “mencukur” bulu yang tidak di ingini. Ia juga merupakan satu prosedur perubatan yang memerlukan latihan sebelum ianya dilaksanakan dan ia juga akan membawa risiko jika tidak dilakukan dengan betul.
    • Jika anda bercadang untuk menjalani laser buang bulu, anda mestilah mengehadkan mencabut, waxing dan juga elektrolisis selama enam minggu sebelum rawatan. Ini kerana laser akan mensasarkan pancaranya kepada “akar bulu roma” tersebut bagi mematikan akar-akar bulu sekaligus mematikan pertumbuhan rambut baru di sekitar bahagian yang di laser.
    • Selain itu, mereka yang ingin melakukan laser buang bulu juga perlu mengelakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari selama enam minggu sebelum dan juga selepas rawatan. Pendedahan kepada cahaya matahari akan menyebabkan laser buang bulu kurang berkesan dan mungkin akan mendapat komplikasi lain
  • PROSEDUR RAWATAN :

    1)    Sebelum rawatan, bulu roma yang terdapat pada bahagian yang ingin dirawat akan di cukur sehingga licin untuk mengelakkan ianya terbakar sewaktu pancaran laser di pancarkan di atas permukaan kulit. Peralatan laser tersebut akan diselaraskan mengikut warna kulit, ketebalan, dan frekuensinya.

    2)    Sebagai perlindungan, anda akan di pakaikan pelindung mata yang khaskan jika bahagian yang dirawat adalah bahagian berdekatan mata. Ia juga bergantung kepada laser atau sumber cahaya yang digunakan. Selain itu, sebagai perlindungan luar kulit anda, gel sejuk atau bahan peranti penyejukan khas akan disapu untuk membantu cahaya laser menembusi kulit tanpa meninggalkan kesan yang kerosakan kepada kulit.

    3)    Seterusnya, laser akan dipancarkan kearah bahagian yang ingin dirawat. Pancaran cahaya dari laser akan dilalukan ke bahagian tersebut selama beberapa kali, mengikut teknik-teknik yang tertentu.

    4)    Setelah selesai rawatan, jika anda mengalami sebarang ketidakselesaan, anda juga boleh meminta pek ais, krim atau losyen anti-radang, atau air sejuk. Untuk rawatan yang seterusnya, perunding akan menyuruh anda mendapatkan rawatan selanjutnya empat hingga enam minggu kemudian. Dan rawatan itu akan berterusan sehingga rambut berhenti tumbuh.


  • TIPS SELEPAS RAWATAN:

    Untuk satu atau dua hari selepas rawatan, bahagian kulit yang dirawat akan menjadi kering. Gunakan sunblock untuk melindungi kulit yang kering dari pancaran cahaya matahari. Pakai pelindung matahari untuk membantu mencegah perubahan sementara dalam warna kulit yang dirawat.

    Selain itu pesakit juga, dinasihatkan untuk tidak mencukur bahagian yang sudah di laser kerana ia mungkin akan mengaktifkan kembali akar-akar rambut yang telah mati. Jika rambut kembali tumbuh, ia akan tumbuh dalam kuantiti yang sedikit,jarang dan pendek. Jadi ia mudah dicabut dengan hanya menggunakan pencabut bulu.


ADAKAH TERDAPAT KESAN SAMPINGAN SELEPAS RAWATAN?

Kesan sampingan adalah berbeza untuk setiap individu. Antara kesan yang ‘MUNGKIN’ di hadapi adalah:

a)Iritasi kulit.

– Kesan sementara, kemerahan dan bengkak mungkin berlaku selepas penyingkiran rambut laser. Tanda-tanda dan gejala biasanya hilang dalam beberapa jam selepas rawatan laser.

b)Perubahan pigmen.

– Penyingkiran rambut laser mungkin menggelapkan atau meringankan kulit yang terjejas, biasanya melepasi rawatan. Pemutihan kulit terutamanya memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap, terutama jika laser yang salah digunakan pada persekitaran yang salah, oleh itu yang terbaik untuk pergi ke ahli estetik yang disahkan.

Selain itu kesan sampingan lain yang mungkin dihadapi adalah bulu tumbuh kembali lebat, melepuh, parut atau perubahan dalam tekstur kulit. Mungkin ada bulu rambut yang disasarkan berikutan rawatan laser. Hanya sejumlah kecil sahaja yang mengalami kesan sampingan tersebut di sebabkan beberapa faktor seperti genetik, hormon, pemakanan dan sebagainya.


BERAPA KALI PERLU DILAKUKAN? 

Untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan, kami mencadangkan pelanggan untuk mendapatkan rawatan ini sebanyak 3 kali dan ke atas. Ini kerana 90% daripada pesakit yang melakukan rawatan laser buang bulu berpuas hati kerana rawatan tersebut berkesan dan memberi impak kehilangan bulu yang berkekalan selepas purata tiga hingga lima sesi.


TESTIMONI LASER SOPRANO


“BULU SAYA BANYAK SANGAT LAH SAMPAI TIAP HARI KENA CUKUR’’

Hi, Assalamualaikum. Saya Puan Jannah, berumur 35 tahun. Saya seorang yang mempunyai bulu yang sangat lebat. Sebab terlalu banyak bulu, saya terpaksa mencukurnya setiap hari. Saya rasa benda tu sangat leceh dan banyak membuang masa saya.

Saya sangat stress dengan masalah ni. Banyak masa saya digunakan untuk membuang bulu bulu saya. Sampailah satu hari tu, saya pergi kenduri lepastu ada seorang makcik tegur saya ‘’ lebatnya bulu awak’’

Saya sangat sedih selepas makcik tu cakap begitu. Saya menceritakan perkara ni kepada suami saya. Dia turut bersimpati kepada saya.

Bermacam macam cara saya dah cuba untuk buang semua bulu bulu saya ni. Sampai saya rasa macam dah putus asa je. Suami saya menasihati saya agar mendapatkan rawatan di Marissa Aesthetics selepas dia melihat testimoni testimoni yang telah berjaya membuang bulu mereka di page Marissa Aesthetics. Saya mencuba mendapatkan rawatan di sana dan bertemu dengan konsultan di Marissa aesthetics. Alhamdulillah selepas beberapa hari, bulu saya semakin berkurang. Saya menceritakan tentang rawatan buang bulu di Marissa Aesthetics kepada kawan kawan saya dan mereka berkata mereka akan mencuba rawatan ini nanti.


“Dah macam-macam jenis pewangi saya guna untuk hilangkan bau badan tapi satu pun tak menjadi. Sampaikan kawan-kawan saya tegur kenapa kuat sangat bau badan. Ini semua punca dari peluh dan berbau kerana bulu badan saya yang lebat. Di bahagian ketiak pun lebat, memang lagi kuat lah baunya. Satu hari, kawan saya ajak pergi ke Marissa Aesthetic untuk mencuba rawatan Laser Soprano. Terbukti memang berkesan, tiada lagi masalah badan berbau disebabkan bulu lebat dan saya juga merasa lebih selesa dengan diri sendiri.” – Encik Amir


“Muka saya nampak tidak bersih kerana bulu jambang tidak sekata. Saya penat asyik mencukur tapi tumbuh balik dengan cepat. Jadi saya cuba mencari jalan penyelesaian di internet dan saya jumpa tentang rawatan Laser Soprano di Marissa Aesthetic. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk mencuba dan tiada lagi masalah di muka saya. Muka saya nampak lagi kemas dan kacak. Saya sangat berpuas hati!” – Encik Salim





Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

Rawatan Serdev (Benang Kolagen)

WAJAH TAMPIL VSHAPE DAN TEGANG DENGAN SEKALI RAWATAN